Thursday 3 March 2016

BAB 1: PENGENALAN

1.1 DEFINISI

SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH:
           
              Perkataan 'Sains' berasal daripada Bahasa Inggeris,iaitu science yang bermaksud pengetahuan. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objetkif.
 
             Selain itu,sains juga dapat didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.

             Sains dari aspek istilah ialah suatu ilmu yang dihasilkan secara cerapan dan fahaman ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam semula jadi yang berlaku melibat pengunaan intelik di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

Sains terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
1.Sains Tulen atau Sains Tabii
2.Sains Gunaan (Teknologi Dan Kejuruteraan)
3.Sains Soisial (Tabiat Manusia)

SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM:

             Sains Islam berasaskan wahayu dan akal.Sains dalam Islam ialah sains yang berkongsepkan tauhid yang mematuhi prinsip-prinsip yang ditetapkan ALLAH SWT melalui rasul-NYA. Selain itu, sains merupakan satu maklumat atau fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

              Sains Islam dikaitan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik bertitik tolak daripada sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. Di samping itu, sains Islam turut menggabungkan unsur-unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli serta ilmu intelek dan ilmu wahyu .Sains dalam Islam merangkumi tiga kategori utama iaitu sains Propaedeutik, sains Syariat, sains Falsafah.

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

              Perkataan "teknologi"  berasal daripada bahasa Greek, iaitu technologia dan bahasa Yunani, iaitu te'chne' yang bermaksud seni, kemahiran atau rekaan (Hairudin Harun, 2007).
     
              Teknologi ialah satu sains gunaan berkaitan ilmu sains yang digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Secara etimologinya, teknologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu techne dan logos. Techne iaitu seni (art), kerja tangan atau keterampilan.Tekno disesuikan dengan maksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos pula bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.

TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

               Teknologi dalam Islam ialah satu cabang ilmu pratikal untuk mencapai tujuan pratikal sebenar, bertunjangkan hauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggujawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk menggunakan alam tabii dengan baik (Wan Ramli Wan Daud, 1991).

               Dalam sejarah  Islam,istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah sina'ah yang bermaksud  ilmu gunaan. Ilmu gunaan merupakan pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. Teknologi dalam Islam bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

              Teknologi ini juga merupakan satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.

    Teknologi ini merujuk kepada dua kemahiran, iaitu;
  1. Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
  2. Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA

               Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan  teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia dengan menggabungkan pengetahuan, matematik dan pengalaman untuk membentuk serta mereka cipta sesuatu objek atau proses.

              Dalam erti kata lain, kejututeraan adalah satu disiplin, seni, kemahiran, kerjaya dan lain-lain. Kejuruteraan secara umunya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah pratikal.

             Kejuruteraan ialah satu bidang yang memerlukan kepakaran yang dipersembahkan melalui amalan sains gunaan, matematik, fizik dan sains sosial. Kejuruteraan boleh dilihat dalam beberapa aspek, iaitu kejuruteraan awam, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan aeroangkasa dan lain-lain.

KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM





             Kejuruteraan ialah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia.kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secara lebih berkesan.

            Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua Eropah, khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali.Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, bidang kejuruteraan awam hidrologi diperkenalkan dan beberapa buah terusan telah dibina. Terusan yang  utama ialah terusan yang menghubungkan sungai Nil dengan Laut Merah.



1.2 CIRI-CIRI SAINS ISLAM
     
        Sains Islam ialah satu entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana setiap cabang ilmu yang saling melengkapi dan merujuk kalimah tauhid.


KEAGAMAAN
         
         Ciri pertama ini menutut bidang sains Islam menerima wahyu sebagai sumber utama penyuburan dan pengembangan ilmu. Setiap kajian ke atas sains adalah berpaksikan wahyu dan analisis akal manusia. Kaedah, teknik serta proses penyelidikan yang melibatkan sains tabii adalah berteraskan petunjuk-petunjuk al-Quran dan hadis.
        
          Nilai-nilai baik atau buruk dan pahala atau dosa merupakan asas utama sains yang berfungsi  dalam kehidupan manusia. Hukum sebab-musabab dan penyelidikan sebagai satu ibadat merupakan  dentini akhir kajian  sains untuk mencari bukti kebesaran Allah SWT dalam kewujudan dan  proses pengurusan alam merupakan asas kepada keimanan manusia.

         Sains dalam Islam terikat dengan batasan hukum dan etika Islam. Saintis dan ternokrat yang berjaya ialah mereka yang mematuhi segala suruhan, meninggalkan larangan serta menyeru kepada  kebaikan. 


SAINTIFIK

      Sains dalam Islam menggunakan kaedah emprikal yang diperkenalkan oleh saintis Islam sejak abad ke-7 M. Dengan adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal dan telah diuji di dalam makmal, maka kaedah-kaedah sistematik dapat diwujudkan. Pendekatan yang saintifik berasaskan roh keilmuan Islam telah melahirkan para saintis (berstatus maha guru) dalam bidang-bidang yang pelbagai.


UNIVERSAL

       Sains Islam adalah bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh Muslim semata-mata, malah bukan Muslim. Tiada batasan demografi dan geografi dalam bidang kajian sains.

BERSEPADU

       Tiada istilah pemisahan antara ilmu sains atau bukan sains. Tuntutan kepada mempelajari dan menggunakannya adalah tertakluk kepada fardu ain atau fardu kifayah. Setiap kajian atau operasi dalam Sains Islam mengambil kira sifatnya yang menyeluruh dan saling berkait. Kajian fizikal adalah berhubung terus dengan kajian metafizik.

HARMONI

        Harmoni bermaksud tiada percanggahan antara sains dan agama.Agama terpakai untuk menyelaraskan segala aktiviti kajian penyelidikan dan tadbir urus hidup manusia. Sains pula berfungsi sebagai mekanisme untuk mengeksplorasi dan membongkar rahsia alam fizikal dan metafizikal. Perkaitan antara dua perkara yang berlawanan hendaklah bergerak secara harmoni.

1.3 PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Secara umunya, peranan utama Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam adalah untuk mentadbir urus kehidupan manusia dengan cara yang paling terbaik dan menberi impak duniawi serta ukhrawi.

1. Membantu manusia mengenali ALLAH SWT sebagai pencipta alam 

    a) Ayat al-quran banyak menyebut dan menggalakkan manusia untuk berfikir,                                           menyelidik dan mengkaji alam.Penyelidikan Islam adalah berasaskan wahyu ALLAH SWT dan         membawa setiap kajian ke arah satu kepuasaan yang telah ditentukan, iaitu dengan menunjukkan         tanda-tanda kekuasaan-NYA.


2.  Membantu manusia supaya bertafakur
         
                    a) Penyelidikan sains tekmologi dalam Islam membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakur   dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.                                      3. Membantu perlaksanaan syariat
                   
                                        Kajian sains dan teknologi dalam islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar sekiranya masyarakat Isalm membangunkan suatu peraturan dalam perhubungan antara satu sama lain.
         
            4)                 4. Menentukan dan membuat ramalan tentang sesuatu perkara
 
                                       Melalui hasil kajian sains, manusia dapat menetukan tarikh dengan melakukan pencerapan, contohnya tarikh awal puasa, tarikh perayaan dan lain-lain. Manusia juga dapat menggunakan akal dan pengetahuannya untuk meramal perubahan cuaca.

           5)                 5. Membugar budaya berkarya dan berinovasi

                                Dengan mengkaji alam dan sains teknologi, secara tidak langsung, manusia dapat menghasilkan suatu karya dan mencipta sesuatu melalui kajiannya.                                     6) Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan

                                         Penciptaan sains dan teknologi secara tidak langsung memenuhi keperluan asasi                          manusia seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan,                                    pengangkutan dan lain-lain.

                           1.4 IMPAK / KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

                                  Jika dilihat, bidang sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai pekaitan antara dunia Islam silam dan masa ini. Kemajuan teknologi kini merupakan sebahagian daripada matlamat dan kepentingan hidup seseorang yang dapat memperkukuh keimanannya kepada ALLAH SWT.
                              
             I                IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TELNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
         
                                  Sains dan Teknologi adalah satu keperluan kepada survival umat dalam merealisasikan Islam sebagai satu sistem yang dinamik dan berdaya maju. Kehebatan Islam terzaahir dalam penghasilan produk dan tatacara tadbir urus yang mengutamakan maksud syariat. Implikasi sains dan teknologi tidak mesra kepada umat Islam dijelaskan dalam jadual di bawa.

Bidang
Huraian

Bidang Sosial
-Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding dengan umat dan bangsa lain yang lebih maju.

Bidang Ekonomi
-Umat Islam bergantung kepada kuasa asing.
-Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dan teknologi akan didominasi oleh bangsa asing.

Bidang Politik
-Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.

Bidang Pendidikan
-Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah daripada nilai-nilai agama yang sebenar.
-Perlaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.

Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
-Umat Islam bergantung pada sains dan teknologi Barat yang akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri.Contohnya, umat Islam bergantug kepada teknologi Barat seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi yang terkini.
  

        1.5 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN                          TERHADAP UMAT ISLAM

Sains dan teknologi menyumbang kepada pembangunan peradaban tamadun manusia. Sains dan teknologi konvensional adalah sekular dan terbukti mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar, sistem ekonomi dan sosial.

Dalam manjelaskan kebaikan dan keburukan sains dan teknologi ini, tiga isu besar akibat pembangunan adalah pencemaran alam sekitar dan pemanasan global, kegawatan ekonomi yang diakibatkan oleh manipulasi dan spekulasi sistem perbankan dan kewangan serta gejala sosial yang keterlaluan seperti seksualisme, keruntuhan moral, LGBT, dan konsurisme (Mohd Yusof Othman, 2014).

Kebaikan dan keburukan adalah dua elemen yang ada dalam apa-apa jua kerja yang dilakukan. Sains dan teknologi akan menjadi baik dan bermanfaat atau buruk dan merosakkan adalah bergantung pada cara penggunaannya sama ada secara bestari dan patuh syariat atau sebaliknya.

Bidang / Aspek
Kebaikan 
Keburukan
Pertahanan
-Mampu melindungi negara daripada serangan musuh. Contohnya, penciptaan senjata dan kelengkapan perang.
-Menbawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan nyawa yang terkoban.
Teknologi Maklumat
-Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
-Generasi muda mudah terpengaruh dengan kelebihan teknologi.
Bio-Teknologi
-Mampu menghasilkan makanan yang diubahkan suai genetiknya (Genetically Modified food )
dengan mempunyai ciri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.
-Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suai makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.
Pengklonan
-Memberi pengetahuan baharu kepada manusia.
-Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi dan melanggar ciptaan ALLAH SWT.
Perubatan (Stem Cell)
-Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.
-Penggunaan embryonic stem cell bakal disalahgunakan untuk kegunaan pengklonan manusia.
Teknologi laser
-Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.
-Penyelewengan penggunaan akan berlaku.
-Mudah diubah suai oleh golongan yang mahir dan pakar.



             1.6 PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

D                          Di dalam pencapaian kemajuan dunia, para sarjana Islam telah memolopori kebanyakan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan, penerokaan, inovasi, dan hasil metod yang terkini.

1            1.6.1  KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DAN KAITANNYA DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
       
                            Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan sesebuah tamadun manusia  melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu dan ianya perlulah dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
T                           
                           Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dinyatakan dalam Al-Quran adalah seperti berikut:
1)      Menjadi contoh dan teladan
2)      Mengesahkan kebenaran Al-Quran
3)      Satu kaedah untuk manusia berfikir
4)      Untuk membenarkan janji baik dan buruk daripada Allah SWT

1.6.2                 SEJARAH SILAM DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI

                           Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi dan umat terdahulu.
                          Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu:
1)      Kisah Nabi Adam a.s
2)      Kisah Nabi Idris a.s
3)      Kisah Nabi Nuh a.s
4)      Kisah Nabi Ibrahim a.s
5)      Kisah Nabi Daud a.s
6)      Kisah Nabi Sulaiman a.s

1.6.3            TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
                            Pencapaian tamadun dalam bidang teknologi pada zaman lampau adalah hasil usaha kesarjanaan masyarakat pada ketika itu. Peristiwa yang mereka lakarkan merupakan bahan pengajaran untuk umat sejagat yang menjadi guru paling berkesan dalma mendepani cabaran mendatang.

T                         Teknologi kaum terdahulu dan pengajarannya:                                                                     
                     
                         ·         Kaum ‘Ad (kaum Nabi Hud)

Pencapaian teknologi:

Ø  Pakar dalam mebina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.
Ø  Merupakan kaum yang kuat dan sangat kukuh dari segi pemerintahannya.

Balasan kealpaan:
Ø  Allah SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar kepada perintah-Nya.
Ø  Allah membinasakan mereka dan bangunan yang tinggi dengan ribut kencang.

·         Kaum Thamud (kaum Nabi Soleh)

Pencapaian teknologi:
Ø  Kepakaran dalam memahat batu-batu besar yang dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura, iaitutempat tinggalnya).

Balasan kealpaan:

Ø  Mereka telah dibinasakan dengan satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi.
Ø  Mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.

·         Teknologi Firaun  


Pencapaian teknologi:

Ø  Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan kukuh.   

Balasan kealpaan:

Ø  Negeri mereka dibinasakan.
Ø  Kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah SWT akibat kesombongan dan keingkaran mereka.

                        1.6.4 SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ISLAM        Islam bukanlah agama ritual dan eksklusif semata-mata. Sebaliknya Islam ialah system hidup yang dinamik, fleksibel, dan berpijak di bumi yang nyata.
Cat                      Catatan kronologi proses islam membugar dalam bidang sanins teknologi dan kejuruteraan melalui petunjuk Rasulullah SAW dan para sahabat:
                                                                                                                                                                              Jadual 1.4 Pencapaian sains dan teknologi Zaman Rasulullah dan kerajaan Islam

                    Kronologi Zaman
Pencapaian

                          Zaman Rasulullah SAW

      ·         Meletakkan asas dalam sains dan teknologi berdasarkan suluhan syariat.
      ·         Sains yang berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis.
      ·         Rasulullah SAW sering mengubati pesakait dengan membaca ayat-ayat Al-Quran.
      ·         Menuntut manusia mengkaji tantang manusia , haiwan , tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.


                         Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
      ·         Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.
      ·         Kemunculan persenjataan perang dan peralatan perang yang lebih efektif.
      ·         Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi.


                           Zaman kerajaan Umayyah
      ·         Perkambangan ilmu sains sudah mula meluas.
      ·         Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat perperangan dan pertanian.

                             Zaman kerajaan    Abbasiyyah
      ·          Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.
      ·         Munculnya Baitul Hikmah (gedung kebikjasanaan) dalam kegiatan sains dan teknologi.
      ·         Munculnya cendikiawan Muslim yang ramai.
      ·         Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital.

                           Zaman kerajaan Islam di Andalus
      ·         Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada dan Seville.
       ·         Sains teknologi dan kejuruteraan bertambah meluas dan berimpak tinggi.



1.6.5 SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN                KEJURUTERAAN

Kepesatan sains teknologi dan kejuruteraan dalma kerancakan berinovasi merupakan elemen utama yang membina pencapaian dan ketamadunan sesebuah Negara.

Tokoh Islam Dan Sumbangan Mereka:

Dalam sains Islam, ramai tokoh Islam terkemuka telah memberikan sumbangan mereka dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan misalnya:


Tokoh Islam
Sumbangan
Al-Razi (865 – 925M)
-     Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Zakaria al-Razi dalam Barat disebut Rhazes.
-     Lahir di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.
-      
·    Tokoh perubatan Islam
·    Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang paling terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.
·    Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak.
Al-Khawarizmi (780 – 850M)
-     Nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi.
-     Dianggap sebagai bapa al-Jibra
·    Tokoh matematik dan tokoh algebra.
·    Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero Idorom.
·    Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’ Wa al-Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.
·    Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.
·    Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan).
·    Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan namaZij.
·    Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.
·    Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.
Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M)
-     Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina.
-     Dilahirkan di Afshina berhampiran Bandar Bukhara.
-     Di Barat dikenali dengan namaAvicenna.
-     Diikenali dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau ‘Prince of Physicians’.
·    Tokoh perubatan Islam yang agung.
·    Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine).
·    Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan merupakan enskiopedia perubatan.
·    Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan.
·    Juga orang pertama yang menemui ubat bius.
·    Juga turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.
Al-Zahrawi (936 – 1013M)
-     Nama sebenarnya Abu Qasim al-Zahrawi.
-     Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis.
·    Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.
·    Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif.
·    Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris.
·    Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.
Al-Battani (858 – 929M)
-     Nama sebenarnya adalah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan.
-     Di Barat dikenali dengan namaAlbategannius.
·    Tokoh matematik dan astronomi.
·    Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.
·    Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.
·    Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.
·    Sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.
·    Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.
·    Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.
Ab Rahman al-Sufi (903 – 986M)





·    Tokoh dalam bidang astronomi.
·    Orang pertama menulis mengenai astronomi.
·    Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang.
·    Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera),Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair(Altair), dan Dhanah (Deneb).
Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M)
-     Di Bar dikenali dengan namaGeber.
-     Dianggap sebagai ‘Bapa Kimia Arab’ dilahirkan di Kufah.
·    Tokoh Kimia Islam.
·    Teori kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan Kimia seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik oksid dan sebagainya.
·    Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al-Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukndan lain-lain.
·    Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.
·    Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali, antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.
Al-Jahiz
-     Nama sebenarnya adalah Abu Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di Bashrah.
·    Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.
·    Menyusun sebuah buku pengajiankomprehensif dalam bidang Zoologi melalui kitabnya Al-Hayawan.
·    Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara-cara rawatannya.
Hunain Ibn Ishaq.
-     Dilahirkan pada tahun 2921H di Bandar Hirah, Iraq.
·    Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.
·    Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang lain.
·    Seorang yang genius dalam bidang penterjemahan, mampu menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain.
·    Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut.
·    Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-lain.
Abu Raihan al-Biruni (362 – 442H / 973 – 1051M)
-     Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H / 973M.
·    Tokoh astronomi
·    Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan ke atas buku Sphericskarya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa’.
·    Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah, al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim.





  1.6.6 SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADA INSTITUSI                      INTEKTUAL ISLAM


         Institusi intelektual Islam memainkan peranan penting dalam pembinaan dan pembangunan                tamadun Islam.

         1 )   University dan institusi pendidikan

        wujudnya university-universiti di wilayah timur antaranya Universiti Al-Azhar, university di               Andalus, contohnya Universiti Granada, Universiti Cordova dan Universiti Seville.

         2)      Perpustakaan
      
        wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad. Hasilnya,          lahirlah golongan pentejemah yang mahir, agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi.            Selain itu, penterjemah daripada pelbagai Negara dapat dihimpunkan dengan kewujudan institusi        ini, di samping Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

         3)      Hospital
       
       Hospital berperanan sebagai pusat pengajian dan pendidikan perubatan, rawatan serta pusat                latihan kejururawatan dan kedoktoran.institusi ini juga turut memperkenalkan kaedah                          pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.

         4)      Balai cerap
       
       Balai cerap berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan              pusat pengumpulan data. Pusat ini Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan                        pengkajian astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra.

        5)      Kejuruteraan awam
       
        Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang seni bina. Ia Berjaya menonjolkan           teknologi seni bina Islam yang mengagumkan seperti Masjid Al-Aqsa di Jurusalem dan juga               Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke-7M

        6)      Teknologi kejuruteraan jalan raya dan jambatan

       Dalam bidang ini, pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran amat dikagumi pada kurun ke-        12M. keistimewaannya ialah jambatan ini mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan               bersegmen.

         7)      Kejuruteraan hidrologi


        Pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang         panjangnya 10km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana                 berlakunya kemarau yang panjang. Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di                   sekeliling Bandar Isfahan dengan mengalirkan air dari Sungai Zayandirud bagi kegunaan                     pertanian dan perumahan.




       Kumpulan 1: -Abdul Rahman Bin Abdul Wahab
                             -Muhammad Amiruddin Shah Bin Ibrahim
                             -Muhammad Amiin Asyraf Bin Aminuddin
                             -Mohamad Ikhmal Bin Ruslan







1 comment:

  1. A Beginners Guide to the Game of Blackjack - Dr.MCD
    The game 태백 출장안마 of blackjack is 삼척 출장마사지 one of the oldest 부산광역 출장안마 in the history of casinos. It is played at a casino resort 울산광역 출장샵 or on a riverboat. It is a 상주 출장마사지 type of gambling

    ReplyDelete